 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
House's FotoPage
 By: House Renovation
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 14-Nov-2008 09:32 |
Email | Share | Bookmark |
|
Warna hidupkan suasana...
|
|
Kepada smua viewers...di bawah ini merupakan sedikit tips yang sangat berguna untuk semua dalam memilih warna dan tona warna yang sesuai untuk kediaman anda...
Harap ia memberi anda sedikit idea bagaimana untuk menimbulka mood yg baik di dalam kediaman kita ok...
Artikel di petik dari Berita Harian ruangan Dekorasi...
WARNA amat berpengaruh dalam hiasan dalaman. Pemilihan warna tepat bukan saja memberi impak mengujakan malah membentuk terapi minda dan santapan mata. Justeru, buat pilihan terbaik mengikut selera, kesesuaian dan minat. Tom Matherson, penulis laman http://www.homedecoratingideas4u.com mengesyorkan anda;
1. Pilih warna sesuai gaya penataan
Warna material termurah menghias kediaman yang dibuat merujuk tema. Jika memilih gaya kedesaan perancis, warna semula jadi atau yang mampu mengutarakan cita rasa mewah patut ditonjolkan. Namun, pastikan pilihan anda tidak terlalu ranggi hingga menyakitkan mata.
2. Kenal pasti corak dan motif ruang
Pilihan motif dan corak patut berpadu dengan warna. Setiap ruang mempunyai corak tersendiri yang diperlihatkan menerusi perabot, ambal, kemasan, potret, lukisan dinding dan sebagainya.
Menghias menjadi lebih mudah jika warna dominan ditetapkan dari awal. Keputusan memilih warna sedondon atau bertentangan dibuat sejurus itu.
Ada tiga skema warna iaitu tona cerah, pertengahan dan gelap. Tiga skema ini dijadikan panduan sewaktu memilih warna.
3. Warna cerah jadikan warna tema
Warna cerah sebaiknya dijadikan latar belakang dan disyorkan menghias lantai dan dinding. Bagaimanapun keseimbangan suasana harus diwujudkan menerusi pertentangan ciri lantai dan dinding. Misalnya, jika dinding dicat warna cerah, lantai sebaliknya patut dipilih dari warna gelap.
4. Warna pertengahan untuk suasana harmoni
Ruang kedua terbesar elok ditonjolkan warna pertengahan melalui latar perabot dan kemasan tingkap. Lebih bagus jika perabot atau tingkap itu menyediakan gabungan warna cerah.
5. Warna gelap untuk penegasan dan titik tumpu
Warna gelap mengutarakan penegasan gaya biarpun ia sekadar melatari perhiasan kecil. Menerusinya, titik fokus dan sempadan kawasan ditetapkan khususnya bagi kediaman luas.
Bagaimanapun anda tidak patut meminggirkan warna lain sebaliknya beranikan diri meneroka dan mencuba apa saja warna demi kepelbagaian dan keharmonian ruang.
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|